Friday, July 10, 2009

hodoh betul background kaler warna putih. kan?

hmm, aku mahu berhenti buat lawak.










tapi,
selama ni aku lawak ke?

Wednesday, July 8, 2009

sapa benarkan??

minggu ni memang aku memulakan kehidupan "seperti" seorang pelajar. paham-paham je la, sejak aku xda keje neh, aku memang dok merata. dulu ada gak rumah sewa, sesekali leh gak balik rumah landing atas katil jap, skang sudah tiada. aku dh xda tempat yang aku leh cakap
"meh la datang lepak rumah aku. nanti aku masak megi kat korang.."

skang dialog lain laks
"wei, ko da kat umah x? aku kat KL neh. nak dok umah ko buleh??"

erk~lain kan skrip nye tuh.

tapi bila minggu ni aku datang, aku baru teringat. wei, aku ada adik yang tengah belajor kat salah sebuah institusi pengajian awam terkemuka di ibu kota.. demm, tengah bandar. dekat dengan LRT. dekat dengan semua port aku lepak. waah, apa kata aku bermastautin di situ? yeah, penghuni haram. jangan memain.. klu kena tangkap, maunya adik aku kena... huhuhu. tapi lantak la. budak baru, mana tau apa2. dah la aras dia sume budak baru jugak. xtau la kot2 awal2 dah ada kaki repot. berani nak ripot? aku campak sume baju sidaian kat bawah kang. wakakakaka.

jadi bila aku dah sampai KL, baru aku cakap kat adik aku yang..
"wei, aku odw g kolej ko neh. nak tido sana.."
hah, adik aku xsempat nak jawab errrrrmm, xbuleh!

walaupun aku kena tinggal bas ke KL* (dan aku almost menanges sebab aku dah xda duit nak beli tiket, ye la aku kan jobless..uwaaaaaaaa) tapi sebagai perempuan kekar dan tegar, aku berjaya gak sampai ke KL dengan naik bas lain selepas aku memberikan hujah-hujahku yang bernas dan adil tanpa perlu membeli tiket baru (dan aku percaya pada takdir, ada hikmahnya jugak kena tinggal bas iaitu... hmm. Tuhan Maha Mengetahui...)

eceh, aku memang poyo.

dan nak dijadikan cerita, timing aku baik. aku xyah nak panjat pagar untuk menyelinap masuk dalam kolej. sebab sem kan baru bukak. line clear! jadi aku dengan muka konfidennya bawak beg baju yang besar, macam student baru balik dari kampung lar. pakcik teksi pun percaya aku student yang baru balik dari kampung.

dan sekarang seronoknya berada di kolej semula, terasa macam budak final year laks, xda kelas, tapi bizi ngan projek final jer.
bezanya, aku bukan student,
dan aku xdak projek final year,
dan aku miskin macam adik aku jugak (aku xbergaji, adik aku lum masuk duit elaun),
dan aku leh tido sampai kol 10 pagi ,
tapi sekarang aku bengang sebab xleh masuk toilet.

ape hal mamat mentenen tu berdiri kat depan pintu tandas dalam hostel pompuan neh? aku nak mandi!


Sunday, July 5, 2009

panda dan pelangi..

layan kucen lagi baik dari layan aninemes.. lain kali kalau xpuas hati cakap aje masa post mortem yek..! semua berhak bersuara masa tu, bukan cakap2 belakang.

Saturday, July 4, 2009

hari di mana masa terhenti..

saya sungguh besar (jika dibandingkan dengan semut merah) dan putih melepak seperti saya baru digolek-golek di dalam tepung gandum memutih..! percayalah, saya tidak akan membesar kerana saya mahu menten comel begini!
ngeong~~! (meow-ing in terengganu speak. kihkihkih)

Friday, July 3, 2009

jaga bahu kiri elok-elok..

peristiwa ini berlaku pada satu hari bekerja bagi negeri-negeri yang bekerja di seluruh malaya.

pada satu hari,
aku teman nenek aku g klinik.
klinik swasta la, bukan klinik gomen.
ala, nak cepat.
sakit runcit2 je pun, bukan emergency.

sambung cerita.
petang-petang, klinik mana ada orang.
lain la spital gomen.
pegi pagi, petang belum tentu setel amek ubat.
aii, iklan lagi.
ok, sambung cerita.

begini ceritanya..
dah sampai klinik,
ada la 3-4 orang customer.
sume kakak-kakak la, dan ada sorang pakcik berbaju batik tengah tunggu giliran;
dan ada sorang mamat kat konter ubat.
ngah nak beli ubat.
tengok gaya macam nak beli ubat batuk.
(aku fitnah je ok, astaga..)
tapi biarlah, nak kasi lebih nilai pada ini cerita.

berapa banyak iklan daa..
sambung lagi cerita.

ok, giliran belum sampai.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
mamat konter dah blah.

tiba2..

jeng jeng jeng..

sorang pekerja klinik macam sawan lepas keluar dari tandas.
"argh, henset aku ilang.. enset aku ilang..aku tertinggal dalam tandas tadi.." sekejap-sekejap raba2 kocek baju yang xda kocek pun sebenarnya.. antara perbuatan lain yang dilakukan oleh pekerja klinik yang ilang enset itu juga adalah melilau2 dalam klinik.
kadang-kadang masuk dalam tandas jugak.
dabel check kata orang.

pekerja-pekerja klinik yang lain pun apo lagi, mula la buat sesi soal siasat.
"ko letak kat mana henset tadi?"
"ko kompem ko tertinggal kat dalam tandas?bukan ke ko simpan dalam laci tadi?"
"camne ko leh tertinggal henset dalam tandas plak?"
"betui ke ko letak kat henset tu atas sinki kat tandas?"
dan pelbagai lagi bentuk soalan menggunakan sepenuhnya 5W2H yang dipelajari zaman-zaman sekolah dulu.

pastu ada suara2 mula cari suspek.
"oh, akak rasa mamat yang datang kat konter tadi tuh.. lama sangat dia masuk tandas tadi. sah, dengan dia dah." kata suara satu.

"hah, ye dah. tengok muka pun cam orang pecah umah.. sah dah henset ko ngan dia" cocok suara dua lak.

"cube ko miskol nyah, dia xjauh lagi tuh kot." kata suara tiga lak.

tuan punya enset muka dah sedih nak mampos. kelihatan seperti budak lepas SPM yang beli henset mahal sejurus menyimpan duit gaji 3 bulan pertama. kesian, hangus duit pelaburan.

"camne nak call, bateri enset lak abes" kata tuan empunya enset yang ilang.
gilak dramatik kan?

hmm, konklusi aku, nak je aku suh budak tu g blok no dia, pastu g beli enset nokia 1208, baru seratus ingget. abes citer. nampak sangat aku mudah putus asa kn, bukannya nak jadi hero g cari penyangak tu.

pastu suara ke-4 tiba2 ramah lak bertanya dengan sorang pakcik yang juga sedang menunggu giliran kat dalam klinik tuh. pakcik tu dari awal mengamalkan dasar berkecuali dalam perkara bedah siasat di atas.

"errrm, pakcik. pakcik ada masuk tandas tadi?" tanya suara 4.
"ada" sepatah pakcik jawab
"pakcik ada nampak enset atas sinki?"
"ada" jawapan sama seperti di atas.
"pakcik ada amek henset tu?"
"ada."
sambil bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah konter dan menyeluk poket seluar kanan seraya mengeluarkan enset dan letak atas konter.

gulp.

dia yang amek?

"nape pakcik amek enset tu xpulangkan, kan pakcik dengar kitorang cari enset tadi?" tanya suara 4 lagi.

"doh mana pakcik tau. pakcik ingat nak anto enset ni kat tokei" jawab pakcik tu selamber pastu sambung duduk kat kosi tunggu giliran.

aku diam jer. dh amek, diam lak tuh, pastu leh cakap nk anto kat tokei. tokei mane? tokei kedai enset? demm... pengajaran, ingat orang muka pecah rumah jahat semua jahat, dan adakah orang pakai baju batik tak reti buat dosa?? ngeh ngeh ngeh..

Tuesday, June 30, 2009

BINGKAS lum tutup tirai..

i.

Kem Motivasi Bimbingan Kasih (BINGKAS)
18-20 Jun 2009
SK Pulau Kundor,
Kota Bharu Kelantan
ngee, aku suke sekolah ni. dah la tepi pantai..! pastu nak sampai kat sekolah kena lalu jambatan kayu yang agak uzur tapi view marbelles, ada pokok-pokok nipah, air sungai pun hijau dan bersih n satu sudut ada sangkar ikan air tawar. tapi tu la, jambatan kayu, uzur, dan sempit. cuma boleh dilalui oleh sebuah kenderaan je dalam satu-satu masa. bila aku jumpa je port baik nak shoot, dah kena lari turun dari jambatan. kalau x, maunya aku kena gilis ngan kete yang lalu. masa aku jalan2 nak g amek gambor kat jambatan tu, ada beberapa orang penduduk tempatan tanya aku,

"hmmm, nak buat retok* baru ke?"
ngeeee, aku sengih je la.

"dari JKR ke?"
ngeeee, aku sengih dan sengih lagi.

hah, kepada calon kawasan tu, leh la masukkan dalam manifesto nak bina retok* baru untuk pilihanraya akan datang. ngeh!

ii.
Kem Motivasi Bimbingan Kasih (BINGKAS)
25-27 Jun 2009
SK Pauh Lima,
Bachok Kelantan

hmm, sekolah ni lain sikit. sekolah ni ada construction, jadi agak terbatas la pergerakan dan aktiviti yang boleh dibuat. kisah kat Bingkas nih agak mistik dan banyak juga keajaiban berlaku. Aku suka lambang sekolah ni, ada buah mempelam dengan no '5' dalam buah mempelam tu. hehehe. best kan lambang sekolah dia?
langit indah. masa petang tu, tiba2 aja ada satu cahaya yang terang disebalik awan tu. sangat indah. dan beberapa orang berkesempatan melihat kalimah Allah terbentuk di langit. Subhanallah. tapi sayang, aku tak berkesempatan. gambar pun tak da. aku cuma sempat amek gambar cahaya terang tu aje.

*****************************************
setiap Bingkas memang ada cerita sendiri. kalau mahu cerita, pak malau pun surender nak sponser kertas kajang. aku nak ucapkan terima kasih pada yayasan salam sebab beri aku peluang ni, bukan setakat adik2 tu yang insaf, tapi rasanya setiap kali recall pun aku leh sentap. waah! terima kasih pada kak lang jugak, en. ghani-ceo yayasan salam yang sentiasa turun padang dan untuk mereka-mereka yang sentiasa bersama ngn aku.

nyah, korang hebat!


Monday, June 22, 2009

hidup susah, mati pun susah..

abes selama ni ko hidup macam mane?
macam monyet??

*gambar : tepung pasong kuih yang agak rare, hampir pupus kat kemaman. tapi xsure kalau leh senang nak jumpa kuih ni kat pasar chabang 3.

** semua entri tiada kaitan dengan dendam kesumat.. lawak semata.